Monday, September 25, 2017

Makana Mermaid Skirts

Assalamualaikum semua,

Hari ini saya hendak berkongsi Makana Mermaid Skirt daripada Tadah Patterns

Pola/pattern ini saya perolehi daripada majalah "One Thimble Issue 16"

Assalamualaikum everyone,

Today I would like to share the skirt that I had sewn for my children.

Makana Mermaid Skirt! Makana Mermaid skirt is a pattern from one of my favourite online magazine, "One Thimble issue 16". This skirt was designed by Tadah Patterns.



The girls love it sooo much!

Sejak issue 16 dikeluarkan, anak-anak saya sering bertanya tentang skirt mermaid ini. Mereka rasa teruja untuk bermain sebagai mermaid. Oleh itu, saya tiada pilihan melainkan memenuhi permintaan mereka.

Skirt ini amat mudah untuk di jahit. Sangat cepat untuk disiapkan. Kesemua anak-anak saya sukakan ekor mermaid mereka. Ia sesuai dijadikan sebagai costume ataupun hanya untuk imaginative play.

Since the Issue 16 been released, my children keep on asking me about this skirt. Playing mermaid is so much fun. Such a quick sew and my children love their Makana Mermaid tail. It is so great for imaginative play and stylish dress-up too.



Saya telah menggunakan fabrik lembut seakan kain sari. Fabrik ini saya beli semasa #dzfabricdestash di Instagram. Terdapat bermacam-macam warna boleh dipilih. Rambang mata nak memilihnya!

Fabrik ini terlalu lembut, untuk itu saya telah menggunakan teknik rolled hem menggunakan tapak roll di mesin jahit biasa.

I've used a soft sari-like fabric which I bought at #dzfabricdestash on Instargram. There were so many colours to choose from, it was difficult for me to make up my mind!



Untuk photoshoot kali ini, kami telah pergi ke Pantai di Bagan Lalang, Sepang. Anak-anak saya sangat teruja dan tak sabar untuk photoshoot kali ini. Masing-masing tak sabar untuk bergambar.

For this photoshoot, we went to Bagan Lalang Beach in Sepang. The kids were raring to go and put on a display of the costumes.




Yang lebih menyeronokkan ialah Makana skirt ini bukan sahaja boleh dipakai oleh perempuan sahaja, ia juga sesuai untuk kanak-kanak lelaki! 

Untuk Mahathir, saya telah memilih fabrik berwarna hitam. Terpulang kepada Mahathir nak jadi MerMAN ataupun Baby SHARK hehe....

What is more amazing is that the Makana skirt can also be worn by boys.

For Mahathir, I've chosen a black fabric. He could be a Merman or a Baby Shark...do do do...






Mahathir sangat suka dengan ekornya. Sebaik sahaja dia sarung skirt ini, terus berangan seakan-akan dia berenang-renang dengan ekor ikan.

Untuk Alya dan Mahathir saya telah menggunakan size yang sama iaitu size 2-3T.

Mahathir loves the tail. Right from the start, he would pretend that he is swimming like a fish.

I used the same measurement of 2-3T for Alya and Mahathir.



Alya pula, seronok kerana dapat ekor yang sama dengan Mermaid Doll.



This happens all the time when you ask for a pose...Alya sure will show you her talent! hehe


Untuk skirt ini, terdapat pilihan sama ada hendak memasang getah untuk tangan pada ekor masing-masing. Jika mereka hendak berjalan tanpa ekor meleret di jalan, bolehlah pasangkan getah di bahagian lengan masing-masing. Hebat kan pattern ni?!

The is an option of attaching a band at the tail. This would allow the kids to attach it to their wrist when they are walking. Isn't it great?!






Untuk Aira pula, saya telah menggunakan size skirt yang paling besar sekali. Pada mulanya, saya tak bercadang untuk menjahit skirt ini untuk Aira. Pada saya, mungkin Aira tak berminat lagi nak bermain sebagai mermaid lagi. Rupanya tidak! hehe... walaupun sudah 10 tahun, Aira masih nak bermain imaginative play dengan adik-adik. : )

I used the biggest size for Aira. In the beginning, I didn't plan to sew one for her as I thought that she would not be interested in dressing up as a mermaid. Turns out that my 10-year old is still interested to imaginative play with the siblings. :)
\



Untuk Aisya pula saya menggunakan size 5-7T. Aisya telah memilih sendiri warna ekornya iaitu berwarna gold.

I used size 5-7T for Aisya. She had chosen her own colour for the tail which is gold.




Keempat-empat anak ikan ini sangat bekerjasama sepanjang pengambaran kali ini. Sebabnya? Sebelum pengambaran di jalankan, mereka telah memilih sendiri rantai dan head gear apa yang hendak digunakan. Masing-masing memang terlebih excited memunggah kotak jewellary mama. : )

All four mermaids were so cooperative during the photoshoot. The reason? Before the photoshoot, they got to choose their own jewelry and  head gear.  :)




Love all the quilting effects.





Untuk bahagian ekor, saya telah menggunakan teknik quilting. Pattern/Pola asal ada diberikan quilting templates, tetapi saya tidak menggunakan templates yang diberikan. Saya telah melakar sendiri quilting ini sambil menjahit.  

Untuk keempat-empat ekor ini, saya telah menggunakan lebihan batting dan wadding yang saya ada di dalam simpanan. Saya telah menggunakan teknik sambungan dengan jahitan zig-zag untuk mendapatkan size yang diperlukan. 

I applied the quilting technique for the tail. Although the pattern were given, I had chosen to draft my own quilting pattern.

I used the the remaining batting and wadding that I had at my disposal. I used the zigzag technique to obtain the size that I want.

Bukan sahaja anak-anak saya seronok dengan Makana Skirt masing-masing, saya juga enjoy sepanjang proses menyiapkan skirt ini. Saya telah mengamalkan teknik slow sewing di mana walaupun skirt ini senang dan cepat untuk disiapkan, saya telah mengambil jalan supaya untuk tidak terlebih stress dan mengambil masa untuk menjahit . Untuk kesemua skirt ini saya telah mengambil masa satu minggu hehe..di selang-selikan dengan projek yang lain. 

Kepada sesiapa yang ingin menjahit sendiri Makana Skirt ini, bolehlah klik page One Thimble magazine untuk mendapatkan pola/pattern skirt sahaja ataupun dapatkan keseluruhan majalah.

I enjoyed making the Makana Skirt as much as my kids enjoyed them. I managed to practice slow sewing whereby even though the skirt is pretty easy to sew, I took my time to focus on each step of the way. All the skirts took a week to complete, as I was also involved in other projects.

To those who are interested in making the Makana Skirt, you can click the One Thimble magazine page to get the pattern or purchase the whole magazine.

Terima Kasih kerana sudi singgah dan membaca blog saya.

Hingga kita berjumpa di post akan datang!


Thank you for visiting my blog.

God willing, we will meet again in my next post.

No comments:

Post a Comment