Thursday, August 31, 2017

Selamat Hari Raya Aidiladha dari kami! Check out my blog for more info on the baju melayu that I've made for my son 😘 http://ift.tt/2wrB2j7 #jahitbynadia #handmadewithlove #bajumelayutelukbelanga #ybmelawatkawasan #instablog


Baju Melayu Teluk Belanga

Assalamualaikum semua,

Hari ini saya nak berkongsi baju melayu teluk belanga yang saya jahit untuk si anak teruna, Mahathir. Baju melayu ini saya jahit pada bulan Jun yang lepas bersempena Hari Raya Aidilfitri 2017.

Today i would like to share the result of baju melayu belanga that i had sewn for my son, Mahathir. It was made last June for the Aidilfitri celebrations.


Ini kali pertama saya jahit baju melayu yang lengkap untuk Mahathir. Tahun lepas Mahathir masih baby saya hanya jahit baju melayu rompers sahaja. Kali ni Mahathir dapat complete set dengan seluar.

Agak mencabar sedikit, sebab kali ini saya menggunakan kain yang lembut dan licin.

This is the first time I am trying a complete baju melayu for Mahathir. Last year, I only made a romper baju melayu. This time I am pairing it with a pants.

It was quite challenging as the fabric tend to be slippery.  


Untuk baju melayu ini, saya tidak menggunakan mana-mana pattern kertas. Cara menggunting dan menjahit baju ini sama seperti menghasilkan baju kurung tradisional. Cuma baju melayu pendek labuhnya dan ada poket. 


Untuk ukuran pula, saya hanya mengambil ukuran dada, labuh baju dan labuh lengan. Untuk leher saya hanya menggunakan kaedah cuba-jaya sahaja...main agak-agak! hehe 

Untuk seluar pula saya menggunakan pola/pattern Big Butt Pants pattern daripada Made by Rae (Klik Di Sini) 

I didn't use any paper pattern for the baju melayu. The cutting and sewing technique is similar to traditional baju kurung.

For the shirt measurements, I used the age-old technique of trial and error by taking the measurements of chest, length of body and sleeves.

For the pants, I used the paper pattern from Big Butt Pants from Made by Rae (Klik Di Sini) 



Untuk mempercepatkan proses menyiapkan baju melayu ini, saya telah menggunakan jahitan mesin sepenuhnya. Untuk kemasan leher, lengan tangan dan hem baju saya menggunakan jahitan decorative stitch. Suka sangat dengan hasilnya. 


Jahitan deco-stitch ni sangat-sangat menjimatkan masa! Tak perlu lagi saya nak sembat tangan dan buatkan jahitan mata lalat ataupun jahitan tulang belut. Separuh hari dah dapat sepasang baju melayu hehe...well, knowing me! I'm the queen of short cut kan? hehe. 

Saya ada kongsikan gambar deco-stitch ini di akaun Instagram jahitbynadia.

To expedite the process of completing the baju melayu,i had sewn it completely using the sewing machine. I also used decorative stitch for finishing on the neckline, sleeve and hem. I simply love the result.

The decorative stitch saves me valuable time. There is no need to spend with manual sewing. I could finish the baju melayu with in half a day.

I have shared the pics of the deco-stitch in jahitbynadia Instagram account. 


Butang baju melayu kali ini saya gunakan butang berbentuk kereta berwarna kuning..comel kan?

Poket pula, saya hanya buatkan satu poket yang besar untuk Mahathir. Senang nak letak sampul duit raya!

Samping kali ini, saya hanya gunakan samping beli sahaja. Kekangan masa di bulan Ramadhan lepas membuatkan saya tak sempat nak jahit samping.

I used car-shaped buttons for the baju melayu. Don't they look cute?

For the pockets,  I decided to make a big single pocket for Mahathir. Easier for thim to store the duit raya packets!

I couldn't find time to sew the samping, so I just buy one for him.



Mahathir suka sangat-sangat dengan Baju Melayu ni. Lebih-lebih lagi bila digayakan dengan songkok di kepala.


Terima kasih kerana sudi singgah dan membaca blog saya.


Hingga jumpa di post yang akan datang!

Mahathir loved the baju melayu. Especially worn with his songkok. 

Thank you for reading my blog.

Until we meet again in the next post.

Nadia xoxo

Wednesday, August 23, 2017

#117 Bow Blouse (Thread Fraction)


Assalamualaikum semua,

Lama rasanya saya tak update blog jahitbynadia ni. Walaupun saya bertekad untuk memastikan blog ini aktif, keperluan untuk menguruskan anak-anak yang sedang membesar tetap menjadi keutamaan bagi saya.


It has been quite a while since I updated this blog. Even though I had strive to ensure that this blog remains active, the need to manage the children who are growing up really fast remains a priority for me.


Hari ini saya nak berkongsi perihal blouse yang saya jahit untuk Aira dan Aisya menggunakan pattern daripada Thread Fraction. 

Alhamdulillah, saya telah berjaya menjadi tester untuk mencuba jahit pattern #117 ini sebelum ia dikeluarkan untuk dijual kepada umum pada bulan Mei yang lepas.


Today, I would like to share about the blouse that I had sewn for Aira and Aisya using the pattern from Thread Fraction.



Thank God, I was chosen as one of the testers for pattern #117 before it was release to public last May.





Blouse ini adalah pattern yang menggunakan kain jenis knit atau lebih dikenali sebagai kain t-shirt.


The pattern of the blouse requires the usage of knit fabric, also known as t-shirt fabric.






Untuk blouse hitam Aira saya telah menggunakan kain knit yang saya beli daripada local vendor iaitu Dzfabric. Aira memang sangat-sangat suka dengan kain ini kerana star pada kain ini sangat BLING gitu! hehe...

For Aira's black blouse, I had chosen a black knit that I bought from a local vendor Dzfabric. Aira loves the gold star motive on the fabric. It's so BLING...hehe.






Untuk Aisya pula saya gunakan kain knit yang dibeli dari Spotlight Malaysia. Kain ini pada asalnya saya beli untuk dijadikan blouse saya. Namun, setelah saya dapat pattern ini daripada Liz, saya merasakan adalah lebih sesuai untuk kain ini digunakan untuk blouse Aisya.


Meanwhile, I used a fabric that I bought from Spotlight Malaysia for Aisya's blouse. Originally, I wanted to use the fabric for my own blouse. But after receiving the pattern, I thought that it would be better to use it for Aisya.




Blouse ini memang sangat mudah untuk dijahit. Cepat dan mudah! Penerangan satu persatu di dalam tutorial yang disediakan oleh Liz memang sangat memudahkan. Ia sangat sesuai untuk beginner yang baru mula berjinak untuk menjahit.


The blouse is so easy to sew. Fast and simple! The step-by-step instruction in the tutorial is easy to comprehend. It is perfect for beginners.



Pada pendapat saya, bow pada blouse ini menyerlahkan sifat feminin kepada blouse.

IMHO, the bow on the blouse enhance the femininity of the blouse it self. 



Blouse ini boleh digayakan dengan skirt mahupun legging atau jeans. Saya suka kepada pattern yang versatile seperti. Ia memberikan kebebasan kepada anak-anak saya untuk menjadi kreatif.


The blouse can be matched with a skirt, legging or jeans. I love versatile patters such as this. It gives a creative freedom to my kids. 



Untuk top stitch bahagian leher, lengan dan hem blouse saya telah menggunakan Twin Needle untuk menampakkan hasil yang lebih profesional.


I used twin needle to top stitch the neck part. I felt that i gives a professional look to the blouse.






Best Friends For Ever!









Saya suka dengan dengan pattern #117 Blouse ini, ia sangat mudah dan sesuai dengan cuaca panas di Malaysia. Boleh untuk aktiviti lasak dan kelihatan feminin pada waktu yang sama. Untuk membeli pattern pdf ini, anda bolehlah pergi ke website Thread Faction (Klik Di Sini)

I love the pattern #117 as it is easy to make and suitable to be worn is the humid weather of Malaysia. One can remain active yet feminine at the same time. To buy this pattern, you can head to the Thread Faction website CLICK HERE.


Terima Kasih kerana sudi singgah dan membaca blog saya.

Sehingga berjumpa di post yang akan datang!

Thank you for visiting my blog.


Till we meet again in my next post!




Nadia xx