Monday, September 19, 2016

La Mantin Blouse

Assalamualaikum semua,

Sekali lagi saya nak berkongsi hasil jahitan saya menggunakan Batik West Africa. Kali ini sepasang baju untuk Alya pula. Saya namakan baju ini "La Mantin Blouse"

Cantik kan corak kain ini? Saya sangat suka dengan corak kain ini. Batik West Afrika ini saya dapatkan semasa kami menetap di Senegal. Warnanya yang terang dan ceria sangat-sangat sesuai dengan karakter Alya.


Walaupun telah dibasuh beberapa kali, warna kain ini tidak luntur ataupun bertukar menjadi kusam. Ia adalah sejenis kain cotton yang sangat selesa dipakai oleh si kecil dan tidak panas.



Saya menggunakan pola Geranium Dress tapi kali ini saya ikut potongan untuk dijadikan Top pula. Geranium Dress ini direka oleh Rae. Untuk seluar pula saya gunakan pola seluar daripada buku Jepun yang diterjemahkan ke Bahasa Inggeris. Saya menggunakan pola seluar yang sama dengan Camisole untuk Alya sebelum ini (Klik di sini)




Saya menggunakan KAM snap button berwarna kuning untuk butang di bahagian belakang baju. Dengan menggunakan butang jenis ini, ia bukan sahaja memudahkan proses menjahit ia juga cepat untuk dipasang kerana kita tidak perlu menjahit lubang butang. Butang jenis ini juga memudahkan proses membuka dan menyarung baju si kecil.


Untuk bahagian leher saya menggunakan potongan U scoop. Lengan pula saya gunakan pola "faux sleeve".



Alya memang suka sangat dengan baju ini. Ia sangat selesa dan pada Alya baju ni CANTIK!


Yeay for La Mantin Blouse!

Terima kasih kerana sudi singgah dan membaca blog saya.

Insya Allah kita berjumpa lagi di post akan datang.


Lokasi: Presint 3, Putrajaya

Thursday, September 1, 2016

Embroidery shirt with skirt

Assalamualaikum semua,

Masih lagi dalam demam menyulam t-shirt anak-anak...hehe. Kali ini t-shirt Aira pula. 

Saya masih menggunakan teknik sulaman applique. Saya telah menggunakan pattern percuma daripada Planet Applique iaitu Snowflake Applique.



Saya menggunakan t-shirt yang sama dengan Aisya dan Alya seperti dalam post yang lepas. Saya telah memilih design sulaman yang mudah dan simple. 

Tshirt ini telah disulam sehari sebelum raya. Nasib baik Aira pilih pattern yang mudah ni, hehe...

Sambil kelam kabut sulam t-shirt, dalam masa yang sama saya perlu berkemas beg untuk travel pula.





Saya telah padankan t-shirt Aira dengan skirt. Skirt ini adalah pattern daripada Dana MADE Everyday

Ia adalah pola percuma daripada Dana. Dana telah menyediakan tutorial bagaimana hendak menjahit skirt ini langkah demi langkah. 



Saya telah tambahkan ruffle pada bahagian bawah skirt ini. Kalau ikutkan pattern asal skirt Dana, sash pada skirt sebenarnya lebih lebar. Namun, saya telah kecilkan saiz kelebaran sash ini untuk disesuaikan dengan badan Aira yang kurus.





Sekali lagi, projek mudah untuk mendapatkan sepasang baju. Cuma sulam applique pada tshirt dan jahitkan skirt menggunakan fabrik yang sama dengan sulaman.




Love the style!





Gambar-gambar ini telah diambil ketika kami beraya di Ipoh. Hari terakhir sebelum pulang ke Kuala Lumpur, kami sekeluarga telah singgah ke Funtasy House yang terletak di 16, Jalan Market, Ipoh, Perak.


Kebanyakkan gambar Aira ini diambil di sekitar kawasan Funtasy House tersebut.




Harga tiket adalah sebanyak RM15 untuk dewasa dan RM10 untuk kanak-kanak berumur 4 tahun ke atas.




Untuk maklumat lanjut mengenai Funtasy House sila TEKAN SINI.

Aira bergambar di dalam Funtasy House sambil memegang Papa dan Alya...hehe.

Terima Kasih kerana sudi singgah dan membaca blog saya. 

Insya Allah kita akan berjumpa lagi di post akan datang.