Monday, October 26, 2015

Tunic with Cute Sleeve

Assalamualaikum,

Hari ini saya nak share hasil jahitan yang saya buat untuk diri sendiri. Selfish sewing sekali-sekala tak salah rasanya...hehe. 

Saya telah menggunakan pattern daripada buku Jepun Stylish Dress Book: Wear with Freedom oleh Yoshiko Tsukiori. Buku ini saya beli di Kinokuniya Kuala Lumpur. Saya suka dengan buku ini kerana ia tunjukkan langkah demi langkah dan pattern yang disediakan juga cantik-cantik . Kebanyakkan pattern yang disediakan di dalam buku ini adalah loose in fit.


Pattern asalnya adalah tunic dress labuh, tetapi saya telah pendekkan di bahagian depan dan labuh sedikit di sebelah belakang.


Kalau menggunakan pattern asal, bahagian lengan adalah slit sleeve. Tetapi saya telah tutupkan slit tersebut.  Namun saya masih letakkan tali supaya boleh dijadikan ribbon di bahagain hujung lengan.


Untuk blouse kedua, saya labuhkan lengan dan kecilkan sedikit sizenya. Saya juga labuhkan sedikit baju ini dan kali ini, saya samakan labuh depan dan belakang baju.

Saya telah panjangkan sedikit lengan baju.

Pattern ini sangat-sangat mudah. Untuk bahagian leher, saya gunakan bias tape yang dibuat sendiri menggunakan fabric yang sama dengan baju. Untuk kedua-dua blouse saya ini, saya gunakan kain jenis cotton. 

Rasanya, untuk akan datang, saya akan gunakan kain cotton yang lebih lembut dan ringan...: )

Terima Kasih kerana sudi membaca blog saya.

Insya Allah kita berjumpa lagi di post akan datang. 

Thursday, October 22, 2015

A-line top with ruffle capris

Assalamualaikum,

Hari ini saya bukan nak share pateern dress, tapi A-line top yang dipadan dengan Ruffle Capris.

A-line top ini sangat simple dan selesa dipakai oleh si kecil. Pattern yang disediakan oleh Lindsay ini adalah top yang berlining penuh. Ia di jahit tanpa menggunakan mesin jahit tepi! Oleh itu, sesiapa yang tiada mesin jahit tepi pun boleh menghasilkan A-line top ini. 

Pattern ini tidak berhenti setakat top sahaja, ia juga boleh dijahit sebagai dress. Kalau nak jadikan dress, cuma panjangkan sahaja ke labuh yang diingini.




Saya menggunakan pattern daripada buku Sew Classic Dress for Girls.


                                        

Untuk Aira saya gunakan pola (pattern) size 8 tahun, Aisya 6 tahun dan Alya 2 tahun.

Apa yang saya suka dengan pattern Lindsay ini adalah dengan penambahan bib pada bahagian baju. Bib ini membuatkan baju ini menjadi sangat comel!!


Baju ini sedang untuk dibuka pakai kerana ia ada butang dibahagian belakang baju.


Ini adalah A-line top untuk Aira. Menggunakan kain "Little Elepehants". Aira pilih butang belakang baju berbentuk cupcake. Saya tambahkan "ric-rac" berwarna pink pada bahagian bib baju.


Ini ada A-line top untuk Aisya. Aisya pilih butang berbentuk bintang untuk dijahit di bahagian bib dan butang bentuk bunga untuk bahagian belakang. Semua butang berwarna biru sama dengan lace trimming yang saya gunakan pada bahagian bawah baju. Saya juga jahitkan "ric-rac" warna oren pada bib dan bawah baju.


Ini pula adalah A-line top untuk Alya. Menggunakan fabrik corak wagon comel. Disebabkan Alya terlalu kecil tak tahu nak pilih butang, saya pilihkan untuk Alya butang bentuk kereta untuk bahagian belakang baju dan butang warna hijau untuk bahagian bib.


Saya padankan A-line top ini dengan Ruffle Capris. Pola (pattern) seluar ini juga saya dapat daripada buku yang sama. Saya hanya membuat "faux button" pada bahagian seluar ini. Tetapi poket masih boleh digunakan. Semua butang-butang yang digunakan dipilih sendiri oleh Aira dan Aisya kecuali Alya.

Saya suka bahagian poket belakang seluar ini. Ruffle pocket!! Pada saya ia sangat comel : ) Saya  tersalah letak poket belakang baju ini. Sepatutnya poket belakang adalah di sebelah kanan, tapi untuk ketiga-tiga seluar ini saya letakkan di sebelah kiri. Tak sengaja tak apa kan?...hehe.

Aira di Bandia sambil memerhatikan burung dan buaya di dalam sungai.


My cheeky Alya

A-line top dan Ruffle Capris ini sangat seronok dijahit. Saya suka dengan hasilnya yang sangat kemas. Saya suka apabila dapat jahit baju anak dara saya. Ketiga-tiga adalah sama tapi tak serupa... : )

Terima Kasih kerana sudi membaca blog saya.

InsyaAllah kita berjumpa lagi di post akan datang.

Tuesday, October 6, 2015

Summer Picnic Dress: Free Pattern

Assalamualaikum,

Ini adalah "Summer Picnic Dress". Dress ini adalah pattern percuma Lindsay Wilkes daripada "The Cottage Mama".

Dress yang dipakai oleh Aisya ini adalah "hands me down" dress daripada Aira. Saya jahit Summer Picnic Dress ini pada 2014  Pada masa itu, saya jahit picnic dress untuk ketiga-tiga anak dara saya. Size 18 bulan, 5 dan juga size 7. Pattern percuma yang disediakan oleh Lindsay adalah daripada 12 bulan hingga ke 4 tahun sahaja. Saya telah besarkan sendiri pattern ini untuk size 5 dan 7.



Kepada sesiapa yang ingin mencuba menjahit menggunakan PDF pattern, adalah sangat sesuai untuk mencuba pattern percuma ini. Biasanya, sebelum saya membeli PDF pattern daripada designer, saya akan mencuba pattern percuma daripada designer itu dahulu. Jika saya rasa sesuai dan suka dengan cara tutorial yang disediakan, baru lah saya akan membeli pattern PDF yang lain.

Ini adalah pattern pertama yang saya jahit dengan menggunakan design Lindsay. Selepas mencuba untuk menjahit pattern percuma daripada Lindsay Cottage Mama ini, saya terus jatuh cinta dengan design yang direka oleh Lindsay. Sejak itu, saya mula untuk membeli PDF pattern daripada etsy yang direka oleh Lindsay. Sejak itu jugalah saya beli buku yang ditulis oleh Lindsay "Sew CLASSIC CLOTHES for Girls".




Untuk dress ini, saya gunakan fabrik yang dikenenali sebagai kain banzin tempatan Senegal. Kain ini telah diwarna menggunakan teknik "tie dye".



Saya suka Summer Picnic Dress ini. Ia bukan sahaja mudah untuk dijahit, ia juga sangat mudah untuk dibuka pakai. Ia sangat sesuai untuk dibawa untuk  dibawa dan pakai ketika berkelah dan bercuti. Untuk digunakan ketika di swimming pool pun sangat mudah dan selesa.



Aisya sedang menikmati angin Lautan Atlantik.



Saya rasa saya perlu jahit lagi Summer Picnic Dress ini untuk Alya. Dress yang pernah saya jahitkan untuk Alya tahun lepas sudah pun tak muat.

Terima kasih kerana sudi singgah dan membaca blog saya.

Insya Allah kita akan berjumpa lagi di post akan datang.