Sunday, August 2, 2015

Annecy Dress


Assalamualaikum,

Annecy dress untuk Alya. Semenjak saya lihat Annecy pattern ini di The Sew What Club, saya terus terbayangkan Alya dalam dress ini menggunakan fabrik yang telah hampir 2 tahun saya simpan. Paris!!! Corak Paris Town ini saya beli semasa di Malaysia sementara menunggu Alya dilahirkan. Teringat lagi, pada masa itu saya sedang shooping fabrik untuk dibawa ke Senegal , saya sudah mula rasa sakit-sakit nak bersalin. Tapi disebabkan corak-corak fabrik di kedai itu semuanya comel-comel, saya gagahkan juga... hehehe.


Saya gunakan fabrik corak Paris ini untuk Alya menggunakan Annecy Pattern. Pattern ini saya beli daripada The Sew What Club. Pattern ini disediakan untuk size 2-10 tahun. Saya gunakan size 2 tahun untuk Alya. Saya tidak kecilkan apa-apa bahagian pun walaupun Alya baru berumur 20 bulan. Oleh sebab itu, dress ini kelihatan sedikit labuh untuk Alya.


Annecy dress ini kelihatan amat mudah tetapi rupa-rupanya tidak. Pada saya, pattern ini sedikit sukar untuk saya. Tetapi dengan membaca berkali-kali arahan untuk menjahitnya, akhirnya saya berjaya juga. Alhamdulillah.

Bahagian yang paling susah pada saya ialah apabila nak jahit trim pada bahagian depan dan tepi baju. Ini adalah kali pertama saya menjahit trim pada baju. Saya terpaksa jahit sampai tiga kali bahagian ini. Penetas sentiasa berada dekat dengan saya sepanjang menjahit dress ini. Saya rasa sukar untuk memastikan ketiga-tiga lapisan dapat dijahit sekali.

Dan bahagian yang paling saya tak suka pula adalah untuk memusingkan bahagian strap baju. Saya tidak ada alat khas untuk memusingkan strap ini. Saya hanya menggunakan jarum knitting saya yang lama.

Seperti yang saya katakan sebelum ini, saiz baju ini sedikit besar untuk Alya. Oleh sebab itu, bahagian belakangnya agak terjungkit sedikit.

Bahagian belakang baju Alya

Saya suka dengan pattern strap untuk dress ini. Tali strapnya sedikit melengkung membuatkan ia tidak mudah terjatuh. Strapnya terletak cantik pada bahagian bahu. Pada saya Kelly telah berjaya mereka pattern ini dengan baik sekali.

Annecy dress ini sangat selesa dipakai oleh Alya semasa musim panas di Senegal ini. Alya suka dengan dress barunya ini, disebabkan skirtnya agak labuh sedikit, dia suka sangat twirly dance semasa memakai dress ini.

 Yeay!!!

Terima Kasih kerana sudi singgah dan membaca blog saya ini.

Insya Allah kita jumpa lagi di post akan datang.


No comments:

Post a Comment