Monday, August 31, 2015

Cannes cover-up

Assalamualaikum,

Saya jahit kaftan cover-up ini menggunakan pattern daripada The Sew What Club. Pattern ini direka oleh Kojodesigns. Ia direka dengan mengambil inpirasi daripada suasana pantai yang penuh dengan warna-warni di Cannes, France.



Ia adalah Trimmed Cover-up yang sangat sesuai untuk dipakai ke pantai ataupun ke kolam renang. Kaftan ini bukan sahaja mudah untuk dijahit, ia juga amat mudah di sarung oleh si kecil. Dan yang paling penting, ia sangat comel dipakai oleh si kecil!

Kaftan comel ini saya gabungkan dengan crochet edging yang saya kait sendiri. Disebabkan di Senegal ini saya tak dapat nak cari trimmings yang comel-comel seperti bobble trimmings, maka saya tidak ada pilihan lain kecuali untuk mengait sendiri trim yang sesuai dengan kain yang saya nak gunakan.


Saya gunakan kain jenis knit (stretchy) ataupun kebiasaannya kita kenali sebagai kain tshirt. Kain knit yang saya gunakan untuk menjahit kaftan Aira tidaklah selembut yang saya gunakan untuk membuat baju Aisya. Kaftan Alya pula saya gunakan kain yang lebih tebal. 




Secara tidak sengaja, saya telah beroleh pengajaran yang baru semasa menjahit kaftan ini. Saya telah melakukan kesilapan iaitu tidak mengambil kora grain line kain semasa memotong kain untuk kaftan Alya. Apabila siap bahagian leher baju, kepala Alya tak lepas! 

Ini pengalam yang berguna buat saya. Lain kali apabila gunting kain, harus pastikan garisan grain line!! Ini harus dipastikan terutamanya apabila kita menjahit kain jenis tshirt. Kalau tak, kain tidak dapat stretch dengan baik.

Kaftan ini bukan sahaja untuk ke pantai ataupun kolam renang, Kelly daripada Sewing In No Mans Land telah membuat version kaftan yang boleh digunakan pada hari-hari biasa juga. Jika inginkan version yang boleh dipakai untuk hari-hari biasa bolehlah menjenguk ke blog Sewing In No Mans Land untuk dapatkan tutorial percuma daripada Kelly.


Yeay untuk kaftan dan Yeay untuk swimming pool!!!!

Terima Kasih kerana sudi membaca blog saya.

Insya Allah kita berjumpa lagi di post akan datang.


Saturday, August 29, 2015

Mermoz dress

Assalamualaikum,

Mermoz dress ini saya jahit menggunakan pattern sendiri. Ini adalah pattern dress pertama yang saya cuba untuk cipta. Alhamdulillah pattern ini berjaya dihasilkan.


Saya menggunakan fabrik African Batik yang di beli di Dakar, Senegal. Dress ini dilapik dengan lining cotton nipis.


Dress ini saya namakan Mermoz dress sempena nama sebuah kawasan di Dakar, Senegal. Sama seperti tempat-tempat lain di Senegal, Mermoz sentiasa dipenuhi dengan warna-warna ceria. Penduduk tempatan di sini suka menggayakan baju yang berwarna-warni.


Bahagian belakang dress ini berlubang. Ini amat sesuai dengan cuaca panas di Senegal. Pattern lubang di belakang dress ini juga adalah inspirasi daripada pakaian yang dipakai oleh penduduk tempatan di sini. Ia menambahkan keunikan kepada Mermoz dress ini. Dan sudah pastinya comel apabila digayakan oleh si kecil.

Mermoz dress ini menggunakan butang di belakang baju.


Kali ini, saya hanya jahitkan dress ini untuk Aira sahaja. Insya Allah saya akan buat lagi Mermoz dress ini akan datang untuk Aisya dan juga Alya.

Terima Kasih kerana sudi membaca blog saya.

Insya Allah kita berjumpa lagi di post akan datang.


Tuesday, August 25, 2015

Twirl Skirt untuk hari pertama sekolah

Assalamualaikum,


Alhamdulillah minggu lepas bermula sesi persekolahan yang baru untuk anak dara saya.

Kebiasaannya hari pertama sekolah mestilah semuanya nak baru. Baju, kasut, beg dan juga pensel. Tapi nampaknya beg sekolah tak perlu ditukar kerana keadaannya masih baik lagi.




Untuk pakaian ke sekolah pula, saya sediakan skirt baru untuk Aira dan Aisya. Apa yang seronoknya dengan skirt baru ini ialah Tali Sash!!. Skirt ini ada tali sash yang boleh diikat pada bahagian depan ataupun belakang. Terpulang kepada si pemakai untuk ikat pada bahagian depan ataupun belakang.





Pandangan skirt apabila tali diikat dibelakang.




Untuk Skirt baru ini, saya gunakan pattern daripada buku favorite saya iaitu Sew CLASSIC CLOTHES for Girls tulisan Lindsay Wilkes.




Telah lama saya idamkan untuk mendapat buku ini dan Alhamdulillah akhirnya saya dapat juga memilikinya. Saya beli buku ini semasa saya melawat Encik Suami yang bertugas di New York.

Ia adalah koleksi baju vintage kanak-kanak. Apa yang saya suka pada buku Sew CLASSIC CLOTHES for Girls ini adalah, ia berjaya membuka mata saya untuk menggabungkan jenis-jenis fabrik yang berbeza bentuk coraknya. 

Lindsay membantu saya untuk mengatasi rasa takut saya selama ini semasa hendak memilih corak fabrik. Selain daripada itu, Lindsay juga membantu saya untuk berani menggunakan pelbagai jenis trim pada baju. Lindsay memberikan tips-tips serta teknik untuk menjahit bias tape, piping dan cara menjahit ruffle dengan mudah.

Selain daripada pattern baju-baju klasik vintage yang cantik-cantik di dalam buku ini, Lindsay juga memberikan cara-cara menjahit finishing touch. Contohnya seperti membuat vintage hair accessory serta embellised t-shirt. Pattern yang disediakan di dalam buku ini adalah untuk size 12 bulan hingga ke 10 tahun.


Berbalik kepada twirl skirt yang saya jahit ini, saya sangat suka dengan teknik jahitannya yang mudah. Selain itu, anak dara saya sukakan twirling effect yang ada pada skirt ini. Ia adalah skirt kembang dan kebiasaanya gadis kecil akan sukakan skirt kembang ala-ala princess. Alya juga tak ketinggalan. Walaupun dia belum lagi bersekolah, saya tetap jahitkan satu twirl skirt khas untuk Alya berpusing-pusing dengan skirt kembangnya...




Terima Kasih kerana sudi membaca blog saya.

Semoga kita berjumpa lagi di post akan datang.

Tuesday, August 18, 2015

Lyon Dress menang giveaway!!

Assalamualaikum,

Yeay!!! Alhamdulillah, Lyon dress yang saya jahitkan untuk Aisya menang giveaway daripada The Sew What Club dan Spoonflower.


Disebabkan kesibukan dengan sekolah anak-anak serta kesihatan yang kurang baik seminggu yang lepas, saya terlepas pandang keputusan giveaway daripada The Sew What Club. Semalam, semasa sedang berehat sambil membelek telefon bimbit baru saya tersedar pemenangnya adalah saya!!!..hehe.

Kelly sukakan baju oren Aisya sambil bersantai di tepi laut..yeay!!!




Hadiahnya adalah saya dapat memilih fabric di Spoonflower...mini fabric shooping spree!!!




The Sew What Club adalah club pattern menjahit. Saya telah membayar yuran penyertaan kelab untuk mendapat pattern menjahit baju kanak-kanak perempuan setiap bulan selama setahun. Setiap bulan saya akan dihantar 2 pattern baju terus ke dalam inbox email saya. Dengan cara ini, saya tidak perlu menghabiskan masa saya mencari pattern jahitan setiap kali saya ingin menjahit baju anak dara saya. Saya akan sentiasa dibekalkan dengan paten menjahit yang baru setiap bulan. The Sew What Club juga terdapat pattern menjahit baju wanita dewasa, tetapi saya hanya membayar untuk pattern menjahit baju kanak-kanak perempuan sahaja. Terima Kasih Kelly untuk idea yang menarik ini. 

Terima Kasih kerana meluangkan masa membaca blog saya.

Semoga kita berjumpa lagi di post akan datang.




Tuesday, August 4, 2015

Lyon Dress

Assalamualaikum,

Selain daripada Annecy Dress, saya juga cuba untuk menjahit pattern Lyon Dress daripada Sew What Club untuk Aisya. Lyon Dress adalah pattern daripada Sew What Club untuk bulan Julai 2015. Pattern yang disediakan adalah untuk size 2T-10.


Pattern Lyon dress ini sangat mudah. Patternnya juga sangat simple. Masa yang diambil untuk siapkan dress ini juga sangat singkat. Ia juga selesa untuk dipakai.

Walaupun pattern ini simple, saya menghadapi sedikit masalah semasa hendak menyambungkan kertas pecahan-pecahan pattern. Pattern yang saya cetak tidak ada border dan agak menyukarkan saya untuk menyambung pattern. Rupa-rupanya, ia adalah disebabkan saya cetak pattern menggunakan setting grayscale. Apabila kita cetak menggunakan setting gray scale, secara automatiknya, border akan hilang....Lesson learnt!!


Pattern ini memerlukan saya ntuk menjahit bias tape pada bahagian leher dan tangan. Bahagian ini juga agak mencabar untuk saya. Saya masih perlukan latihan untuk menjahit bias tape.


Hasilnya sangat memuaskan. Insya Allah saya akan dapat jahit Lyon dress ini pada masa akan datang dengan lebih mudah lagi.

Terima Kasih kerana sudi singgah dan membaca blog saya ini.

Insya Allah kita jumpa lagi di post akan datang.

Sunday, August 2, 2015

Annecy Dress


Assalamualaikum,

Annecy dress untuk Alya. Semenjak saya lihat Annecy pattern ini di The Sew What Club, saya terus terbayangkan Alya dalam dress ini menggunakan fabrik yang telah hampir 2 tahun saya simpan. Paris!!! Corak Paris Town ini saya beli semasa di Malaysia sementara menunggu Alya dilahirkan. Teringat lagi, pada masa itu saya sedang shooping fabrik untuk dibawa ke Senegal , saya sudah mula rasa sakit-sakit nak bersalin. Tapi disebabkan corak-corak fabrik di kedai itu semuanya comel-comel, saya gagahkan juga... hehehe.


Saya gunakan fabrik corak Paris ini untuk Alya menggunakan Annecy Pattern. Pattern ini saya beli daripada The Sew What Club. Pattern ini disediakan untuk size 2-10 tahun. Saya gunakan size 2 tahun untuk Alya. Saya tidak kecilkan apa-apa bahagian pun walaupun Alya baru berumur 20 bulan. Oleh sebab itu, dress ini kelihatan sedikit labuh untuk Alya.


Annecy dress ini kelihatan amat mudah tetapi rupa-rupanya tidak. Pada saya, pattern ini sedikit sukar untuk saya. Tetapi dengan membaca berkali-kali arahan untuk menjahitnya, akhirnya saya berjaya juga. Alhamdulillah.

Bahagian yang paling susah pada saya ialah apabila nak jahit trim pada bahagian depan dan tepi baju. Ini adalah kali pertama saya menjahit trim pada baju. Saya terpaksa jahit sampai tiga kali bahagian ini. Penetas sentiasa berada dekat dengan saya sepanjang menjahit dress ini. Saya rasa sukar untuk memastikan ketiga-tiga lapisan dapat dijahit sekali.

Dan bahagian yang paling saya tak suka pula adalah untuk memusingkan bahagian strap baju. Saya tidak ada alat khas untuk memusingkan strap ini. Saya hanya menggunakan jarum knitting saya yang lama.

Seperti yang saya katakan sebelum ini, saiz baju ini sedikit besar untuk Alya. Oleh sebab itu, bahagian belakangnya agak terjungkit sedikit.

Bahagian belakang baju Alya

Saya suka dengan pattern strap untuk dress ini. Tali strapnya sedikit melengkung membuatkan ia tidak mudah terjatuh. Strapnya terletak cantik pada bahagian bahu. Pada saya Kelly telah berjaya mereka pattern ini dengan baik sekali.

Annecy dress ini sangat selesa dipakai oleh Alya semasa musim panas di Senegal ini. Alya suka dengan dress barunya ini, disebabkan skirtnya agak labuh sedikit, dia suka sangat twirly dance semasa memakai dress ini.

 Yeay!!!

Terima Kasih kerana sudi singgah dan membaca blog saya ini.

Insya Allah kita jumpa lagi di post akan datang.