Monday, July 27, 2015

Balloon sundress and knot headband



Assalamualaikum,

Balloon sundress ini saya jahit menggunakan pattern daripada buku "Girls Style Book" oleh Yoshiko Tsukiori dan H.H.


Dress ini saya gunakan kain cotton. Kain jenis ini tidak panas dan sesuai untuk anak dara saya bermain, ia menyerap peluh dan sangat selesa. Style sundress ini dan sangat sesuai di pakai untuk ke swimming pool ataupun berkelah di tepi pantai. Sundress jenis ini juga sangat sesuai untuk musim panas. Di Senegal ini, musim summer panasnya tidaklah bahang seperti di Bahrain dahulu tapi musim panasnya membuatkan badan berpeluh-peluh kerana huminity disini adalah tinggi.



Saya suka dengan bentuk skirt yang seakan-akan belon ni...ia membuatkan skirt kelihatan kembang. Kebiasaannya Aira dan Aisya memang suka dengan skirt kembang. Pada Aisya, skirt jenis ini adalah skirt "princess".



Kalau diikutkan pattern asal daripada buku, dress ini digayakan dengan matching headband menggunakan bunga yo-yo. Saya tukarkan kepada knot headband. Untuk membuat knot headband ini, saya gunakan tutorial daripada blog Girl Inspired.

Pattern asalnya juga ada ribbon rosettes pada bahagian pinggang depan dress. Saya tidak buat ribbon rosettes kerana saya tidak ada ribbon yang sesuai dengan warna kain yang digunakan.

Dress ini di jahit dengan lapik lining penuh dari bahagian atas hingga ke skirt. Untuk keselesaan, saya gunakan kain cotton nipis sebagai kain lining.


Walaupun dress ini kelihatan agak rumit untuk dijahit, sebenarnya ia amat mudah. Buku "Girls Style Book" ini sangat membantu dengan cara untuk menjahit yang amat mudah untuk diikuti berserta gambar bagi setiap langkah.

Alhamdulillah, Saya sangat berpuas hati dengan hasil Balloon sundress ini.

Terima Kasih kerana sudi singgah dan membaca blog saya ini.

Insya Allah kita jumpa lagi di post akan datang.


Jahit by Nadia

Semuanya bermula dengan mesin jahit Singer 8280. Asalnya, saya tidak pandai menjahit. Keinginan menjahit pun tak berapa nak ada. Walaupun emak saya adalah seorang tailor baju kurung dan nenek saya juga pandai menjahit, saya memang tak berminat langsung nak menjahit dan tak pandai menjahit.

Pada saya, mesin jahit ni terlalu kompleks. Tengok mesin jahit pun dah buat saya takut.

Pada harijadi saya yang ke-28 (2010), mak mertua menghadiahkan saya mesin jahit Singer 8280. Ini adalah pertama kali saya ada mesin jahit. Terus terang saya katakan, masa tu saya rasa takut sangat nak keluarkan mesin jahit dari kotak.

Dari sehari ke hari, saya akan cuba mengelak bila emak mertua bertanya tentang mesin jahit hadiah tu... hehe.

Namun Alhamdulillah, saya sangat bersyukur dengan hadiah mesin jahit itu. Mesin jahit inilah yang menjadi teman saya.  Ia telah membuka mata saya untuk cuba belajar menjahit. Dan Alhamdulillah, saya mula seronok dengan hobi baru saya ni.

Setelah beberapa tahun berlalu, kini saya telah berjaya mengatasi rasa takut saya untuk menjahit dan juga rasa takut dengan mesin jahit. Kini, saya sudah ada mesin jahit Brothers Innovis 950 dan juga mesin jahit terbaru saya Singer Heavy Duty 4432.

Saya tidak pernah menghadiri mana-mana kelas menjahit. Saya hanya belajar menggunakan internet dan juga daripada kawan-kawan yang sudi mengajar. Saya juga banyak bergantung kepada buku-buku pattern menjahit. Saya belajar menggunakan kaedah "trial and error". Ada projek yang menjadi dan berjadi dan ada juga projek yang gagal.

Blog ini, saya khaskan untuk mengumpul semua projek-projek menjahit saya. Semoga perkongsian ini dapat memberi manafaat kepada semua... Insya Allah.